Pelancong Sanggup Datang Mencari Musang King Hingga Ke Bentong
Kini semakin ramai pelancong yang sukakan durian terutama Musang King dan sanggup membayar dengan harga mahal asalkan dapat merasai kelazatan “raja buah” itu.
Bukan itu sahaja, mereka juga sanggup mencari buah durian yang diidamkan hingga ke luar negeri seperti di Pahang.
BACA: Menteri: Durian Baik Untuk Kejantanan Lelaki
Baru-baru ini Festival Durian Antarabangsa berlangsung di Bentong, Pahang dan dikatakan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peminat-peminat buah durian walaupun baru pertama kali diadakan.
Anggota Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu pelancong China juga sanggup datang ke Bentong demi durian Musang King. Hebat betul penangan Musang King sampaikan pelancong asing terbang jauh demi durian jenis itu.
“Raub yang terkenal sebagai pengeluar Musang King juga terletak bersebelahan daerah ini, memudahkan kami untuk membawa dan mempromosikan raja buah ini,” tambahnya yang menyifatkan durian sebagai bilateral diplomasi antara Malaysia dan China.
Selain itu, dia juga menjelaskan bahawa kehadiran pengunjung Kira-kira 50,000 orang pada festival tersebut dapat membantu ekonomi penduduk kawasan berkenaan.
Tak dinafikan peminat durian yang sangat gilakan durian sanggup membayar pada harga yang tinggi tetapi anda juga harus berhati-hati dalam membeli durian kerana ada peniaga menjualnya pada harga yang tidak munasabah.
ARTIKEL BERKAITAN:
Hikmah Durian Selepas Banjir
Penganjur Pesta Durian Malaysia Di China Dapat Kontrak RM2.87 Bilion
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sedap Ke Tidak Keropok Durian?
- SUMBER
- MSTAR