Pelanggan Biadap Buang Lampin Atas Kerusi Kedai Makan
Seperti kita tahu bagi peniaga seolah sudah tertulis hak seorang pelanggan dimana pelanggan selalunya betul. Namun, apa yang tular baru-baru ini menunjukkan contoh bahawa pelanggan tidak selalunya betul.
Tular di media sosial apabila ada seorang pelanggan membuang lampin pakai buang di sebuah restoran di Shah Alam. Perkara itu mengundang kecaman netizen yang menyifatkan tindakan pelanggan itu sangat tidak bertamadun.
BACA: Tetamu Paling Biadap Buang Lampin Dipenuhi Najis Atas Pinggan
Perkara itu dikongsikan oleh pemilik restoran tersebut, Noor Akmar menerusi Facebook yang ternyata kecewa dengan tindakan pelanggannya meninggalkan lampin bayi tersebut atas kerusi kanak-kanak.
Macam2 ragam kan?Air milo tabur tumpah xpe kita mop kanNasi goreng sepah2 atas lantai pun xpe kita sapu kanPampers? Berat pulak tu kalo ditimbang pampers nyaIni contoh customer is not always right
Posted by Noor Akmar on Rabu, 25 Disember 2019
Menurut Akmar, jika air tumpah atau nasi bersepah tiada masalah untuk pihaknya kemaskan, tetapi bagaimana jika pelanggan sampai tinggalkan lampin pakai buang yang berisi najis di restorannya.
Perkara itu mendapat perhatian netizen yang menyifatkan perkara itu sebagai satu pencemaran dan menjijikkan kerana kerusi itu disediakan untuk kemudahan pelanggan. Kata netizen lagi, isu tersebut adalah bukti mentaliti masyarakat kita masih di tahap ketiga.
Dalam pada itu, ada juga pelanggan dan peniaga yang berkongsikan kisah berdepan pengalaman yang sama seperti Akmar.
Apa yang susah sangat nak buang lampin dekat tong sampah. Rasanya bagi mereka yang ada anak kecil adalah lebih baik jika bawa plastik sampah ke mana sahaja untuk memudahkan membuang lampin dan tidak menyusahkan mana-mana pihak.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram