Pemandu Langgar 8 Remaja Berbasikal Lajak Dibebaskan Mahkamah
Pasti ramai masih ingat lagi dengan tragedi basikal lajak sehingga mengkibatkan kematian lapan remaja yang dilanggar oleh seorang wanita pada 18 Februari 2017.
Memetik laporan Harian Metro, Mahmakah Majistret Johor Bahru, hari ini, melepas dan membebaskan jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan orang remaja.
BACA: Ketawa Lepas Langgar Peniaga Nasi Lemak Sehingga Maut
Majistret Siti Hajar Ali membuat keputusan itu terhadap Sam Ke Ting, 24, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan dihadapinya selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.
Siti Hajar pada penghakimannya berkata, keputusan dibuat bersandarkan beberapa perkara termasuk situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh menyebabkan pemandu tidak boleh menjangkakan kewujudan basikal lajak pada jam 3 pagi.
Katanya, faktor yang mencipta kecederaan bahaya bukan disebabkan cara pemanduan tetapi dicipta oleh kumpulan basikal lajak itu sendiri.
Siasatan mendapati tertuduh tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit serta memakai tali pinggang keledar ketika memandu sekali gus membuktikan tertuduh memandu dalam keadaan bertanggungjawab dan berjaga-jaga.
Dalam pada itu, mahkamah memerintahkan lesen memandu tertuduh dikembalikan kepada tertuduh, serta merta.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Harian Metro