Peminat Wanita Teruja Dapat Jumpa Putera Mateen
Berwajah kacak, berdarah kerabat dan aktif bersukan menjadikan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen menjadi perhatian kepada para wanita sama ada di Malaysia mahupun antarabangsa dan baru-baru ini beliau berada di Malaysia bagi mewakili Brunei dalam acara polo untuk Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.
BACA: Ini Sebab Bukit Broga Tutup 3 Bulan
Beliau telah berada di Malaysia sejak 16 Ogos yang lalu bagi KL2017 dan pada hujung minggu yang lalu beliau berada di Putrajaya bagi sesi latihan.
Para peminat beliau turut turun ke tempat latihan bagi tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan putera raja yang berumur 26 tahun itu.
Keterujaan itu terbukti dengan video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Facebook, Faa Mohd Jazlan yang menunjukkan para peminat Putera Abdul Mateen memenuhi kawasan latihan pada hari itu.
Apa yang boleh dipuji dari putera Brunei ini adalah sikap mesranya apabila sanggup bertemu sebentar dengan peminatnya bagi bertegur sapa dan sesi bergambar.
Acara polo tersebut dijadualkan berlangsung pada 22 Ogos (hari ini) di Equestrian Park Putrajaya dan Yang Berhormat, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludinturut mewakili Malaysia bagi acara ini.