Mesti ramai lagi yang masih sakan beraya dan menghadiri jamuan rumah terbuka sempena hari raya ini. Raya kan sebulan, masa inilah kita nak rapatkan tali persaudaraan.

Namun seorang gadis ini meluahkan rasa kecewa menerusi Twitter apabila saudaranya yang berjanji untuk datang beraya ke rumah tidak muncul-muncul. Lebih menyedihkan, ibunya bersusah payah sediakan pelbagai juadah untuk mereka.

BACA: Geram Tak Dapat Beraya, Budak-Budak Conteng Pagar Tuan Rumah

Menurut gadis tersebut, ibunya tidak sihat tetapi tetap gigih untuk menyediakan juadah kerana sudah lama tidak bertemu dengan saudara.

Katanya lagi, ibunya menunggu saudara mereka sejak pukul 10 pagi sampai 10 malam saudaranya masih tidak muncul lagi.

Disebabkan makanan yang dimasak terlalu banyak, ibunya memintanya dan adik-beradik lain untuk membungkus makanan tersebut untuk dibawa balik.

 

Lebih membuatkan gadis itu berang, saudaranya itu seolah menyalahkan pihaknya kerana rumah ibunya terlalu dalam sehingga membuatkan mereka sesat.

Kata gadis itu lagi, ibunya sakit-sakit pinggang dek kerana menyediakan pelbagai juadah untuk saudaranya. Namun, gadis itu tetap berfikiran positif mungkin sudah tiada rezeki untuk ibunya bertemu dengan saudaranya.

Katanya lagi, ibunya mahu merapatkan ukhwah namun perkara sebaliknya pula yang terjadi. Malah, gadis itu juga turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan ibunya.

Apa pun, jika dah berjanji untuk datang, cubalah untuk penuhi janji tersebut. Tak pasal-pasal dah kecewakan harapan orang lain.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥