Proton Saga merupakan kereta pertama keluaran Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia suatu ketika dahulu.

Pencipta nama kereta pertama itu telah menghembuskan nafas yang terakhir pada Jumaat lalu di rumahnya di Taman Nuri, Sungai Petani, Kedah, pukul 3.10 petang.

BACA: Pengasas Satay Kajang Hj Samuri Meninggal Dunia

Sumber dari bharian.com.my

Allahyarham Ismail, 71 tahun, merupakan pemenang bagi pertandingan cipta nama untuk kereta pertama keluaran Proton pada pada 1 September 1985 dulu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga anak iaitu Sariah Abdul Rahman, 69 tahun, , Mohd Sariffuddin, 46 tahun, Siti Sarismahan, 42 tahun, dan Siti Sarismahanim, 37 tahun.

Sumber dari mamutanjung.blogspot.my

“Allahyarham juga ada penyakit jantung, buah pinggang dan kencing manis, Khamis lalu dia baru keluar wad, petang Khamis, selepas Jumaat, dia menghembuskan nafas terakhir di samping semua anggota keluarga,” kata anak sulung, Mohd Sariffuddin.

Allahyarham merupakan seorang Staf Sarjan iaitu sebagai Ketua Kerani di sebuah sekolah tentera (Kor Perkhidmatan) di Taiping, Perak dan kemudian telah bersara selama 20 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN:
Pencipta Piza Hawaiian Meninggal Dunia
Meninggal Dunia Kerana Nyanyi Lagu Nada Tinggi?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pedas Buttermilk Lambat Datang, Masih Berlagak