Pengantin Malu Lauk Dihidang Dalam Bekas Plastik
Pasangan pengantin baru ini terpaksa menanggung malu apabila majlis perkahwinan mereka tidak berlangsung dengan sempurna seperti diimpikan.
Lebih bertukar mimpi ngeri apabila dia didakwa diperdaya oleh pihak katering yang gagal menyediakan hidangan pengantin seperti yang dijanjikan.
Pengantin perempuan, Nur Hamizah Abd Rani berkata, dia tidak menyangka lelaki dari syarikat katering tersebut yang nampak warak tapi sanggip menipu.
Jumlah kerugian yang di alami oleh pasangan itu sekitar RM4,000 dari RM16,000 jumlah keseluruhan yang telah dibayar kepada lelaki tersebut.
“Mula-mula jumpa nampak dia seperti baik je, ‘innocent’ sangat, dahi dia pun ada tanda hitam, pakai kurta, jubah, jadi, saya percaya dengan dia.
“Bayar pakej hampir RM16,000 tapi dia ‘tarik’ benda sikit-sikit, dia bagi makanan tapi tak cukup seperti yang diminta. Bayangkan dia letak lauk pengantin dalam bekas makanan.
Bukan itu saja, kek perkahwinan yang sepatutnya menjadi penyeri dilihat hampir nak roboh.
Nur Hamizah memuat naik posting tersebut di media sosial dan berharap lelaki tersebut tampil untuk memberikan penjelasan memandangkan sudah terlalu ramai pasangan yang sudah menjadi mangsa.
- SUMBER
- mstar