Pengasas Dedah Zumba Tak Boleh Kuruskan Badan
Ramai yang ingin menguruskan badan tetapi malas untuk bersenam. Jadi tidak hairan ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti tarian Zumba yang lebih menyeronokkan. Kini, sudah menjadi trend dimana berzumba menjadi pilihan terutamanya wanita untuk menguruskan badan.
Bagaimanapun, perkara yang kami akan dedahkan ini mungkin mengejutkan anda bahawa tujuan Zumba dicipta bukanlah untuk menguruskan badan. Menurut pengasas tarian tersebut, Beto Perez, Zumba dicipta hanya untuk mencari keseronokan sahaja.
BACA: Suri Rumah Anak 3 Kongsi Tips Berkesan Berat Turun 13Kg
Namun katanya lagi, tidak dinafikan bahawa mereka yang melibatkan diri dalam seni tarian itu berupaya untuk menurunkan berat badan.
Dalam pada itu, Perez memberitahu aktiviti Zumba mengaktifkan endorfin iaitu hormon yang membuatkan kita berasa gembira. Ramai yang bosan untuk melakukan senaman biasa, dengan Zumba bukan saja melakukan aktiviti sihat malah memberikan kegembiraan.
Bagi yang tidak tahu, ada empat teras utama dalam Zumba iaitu salsa, merengue, cumbia dan reggaeton. Setiap teras ni pula ada 16 pergerakan dengan 25 variasi. Dalam kesemua teknik pergerakan, hanya 25 hingga 30 peratus yang melibatkan pergerakan kecergasan.
“Falsafah utama Zumba ialah senang, seronok dan berkesan. Sebab itu dalam Zumba, dalam satu kelas ada gabungan golongan anak, emak dan nenek. Semua boleh sertai,” katanya.
Bagaimanapun, mitos yang mengatakan Zumba boleh menguruskan badan sebenarnya agak kurang tepat kerana jika dilakukan secara berkala dan betul, tak mustahil anda boleh menguruskan badan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱
- SUMBER
- mStar