“Pengasuh Goncang Badan, Ketuk Kepala Adam Rayqal”
Kematian bayi Adam Rayqal disahkan disebabkan kecederaan di bahagian kepala. Hasil bedah siasat terhadap mangsa menemui kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri serta pendarahan di bahagian kanan otaknya.
Bapa kepada kanak-kanak yang turut dijaga oleh pengasuh Adam berkata anaknya pernah melihat bayi malang itu diperlakukan dengan kejam.
BACA: “Adam Tidur Dulu Ya, Nanti Kita Jumpa Di Syurga”
Zian Hafiz Ahamad Zawati, bapa kepada kanak-kanak yang turut berada di bawah jagaan pengasuh yang menjaga Adam memaklumkan, anaknya memberitahu melihat pengasuh itu menggoncang Adam kerana bayi itu asyik menangis.
“Anak memaklumkan dia melihat pengasuh berkenaan menggoncang badan dan mengetuk kepala bayi itu kerana dia (Adam) asyik menangis sejak pagi sebelum tiba-tiba senyap,” katanya kepada BH Online.
Zian berkata, kedua-dua anaknya, Ahmad Hayyan Putra, 5, dan Nur Imanina Arisa Putri, 3, dihantar ke rumah pengasuh terbabit sejak dua minggu lalu.
Kata Zain lagi, ketika isterinya menjemput anak mereka pada jam 6.30 petang, pada hari kejadian, pengasuh itu tidak menunjukkan tanda-tanda yang mencurigakan.
Zian berkata, isterinya mengenali pengasuh itu melalui Facebook dan bersetuju menggunakan khidmat wanita berkenaan dengan upah RM650 sebulan untuk menjaga kedua-dua anaknya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Puas Hati Pekena Kambing Bakar Kat Setapak Ni
- SUMBER
- BH Online