Pengawal Keselamatan Tidak Ada Kuasa Untuk Minta, Simpan IC
Sudah menjadi kebiasaan setiap kali anda ingin memasuki sesebuah premis seperti pejabat atau kawasan perumahan, pengawal keselamatan yang bertugas akan meminta untuk menyimpan kad pengenalan bagi tujuan keselamatan.
Tapi ramai yang tidak tahu bahawa pengawal keselamatan tidak ada kuasa untuk meminta atau menyimpan kad pengenalan anda dan ianya adalah satu kesalahan kecuali bagi pegawai yang diberi kuasa – Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
BACA: Bas Free KL Dipenuhi Warga Asing, Netizen Marah Betul!
Jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Perkara penting anda perlu tahu, pihak yang dibenarkan untuk memegang kad pengenalan anda hanyalah pegawai polis, pegawai pendaftaran, pegawai kastam, mana-mana pegawai atau kelas atau pegawai awam yang diberi kuasa oleh ketua pengarah serta anggota tentera yang bertugas, menjaga dan mengawas.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- siakapkeli