Walaupun tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah telah berlalu, namun ia masih jelas terpahat di ingatan terutama keluarga mangsa kebakaran.

Berikutan kes menyayat hati itu mendapat perhatian seluruh pelusuk negara, ramai pihak tampil menghulur sumbangan tetapi ahli keluarga mangsa dikatakan masih tidak menerima sumbangan itu lagi.

BACA: Lebih 20 Pelajar Tahfiz Terkorban

Sumber dari freemalaysiatoday.com

Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmood berkata, dia berasa sedih apabila dituduh songlap duit sumbangan oleh beberapa portal berita.

Dia menganggap tuduhan itu sebagai jahat dan tidak bertanggungjawab sedangkan dia telah melantik juruaudit bertauliah untuk mengemaskini duit sumbangan.

“Urusan mengenai wang sumbangan sudah diserahkan kepada juruaudit dan ia mengambil masa sebelum pembahagian dilakukan kepada waris,” ujarnya.

Sumber dari antarapos.com

Menurutnya, dia tidak tahu bilakah proses pengauditan akan selesai namun dia akan terus berbincang selepas proses itu selesai.

Mungkin tiada penerangan dibuat oleh pihak yang menerima duit sumbangan menyebabkan orang ramai tertanya-tanya di manakah duit sumbangan itu sekarang.

Tambahan pula, sumbangan diterima akan dipecahkan kepada dua iaitu kepada pusat Tahfiz dan juga kepada keluarga mangsa terkorban.

“Bagi sumbangan yang dikongsi antara pusat tahfiz dan waris, sepatutnya dibahagi sama rata. Tapi hasil perbincangan, sumbangan itu akan dilebihkan kepada keluarga mangsa dan pusat tahfiz hanya mengambil sedikit bagi pembangunan semula dan pengurusan,” katanya.

Jumlah sumbangan yang banyak memang akan mengambil masa sedikit untuk dikira dengan betul sebelum diserahkan kepada keluarga mangsa.

Mohd Zahid meminta waris mangsa kebakaran itu bersabar dan berbincang dengan mereka sebelum membuat sebarang spekulasi. Semoga kedua-dua pihak dapat selesaikan isu ini dengan baik dan telus tanpa sebarang masalah.

ARTIKEL BERKAITAN:
5 Topik Pusat Tahfiz Terbakar Yang Hangat Diperkatakan
Dendam Sampai Bakar, Punca Dari Ejek Mengejek
Ini Luahan Siti Hasmah Terhadap Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berlagak Konon Boleh Habiskan