Ramai yang hari ini tidak sabar untuk menebus RM30 e-Tunai Rakyat yang diagihkan oleh kerajaan melalui tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost, dan Touch ‘n Go.

Bagaimanapun, pengagihan wang tersebut nampaknya tidak berjalan dengan lancar apabila pengguna gagal untuk menebus berikutan ramai yang melakukan transaksi dalam satu masa.

BACA: Ini Cara Untuk Tebus RM30 e-Tunai Rakyat Mulai Esok

Menerusi media sosial, ramai pengguna berkongsikan foto dimana mereka gagal menebus e-tunai tersebut malah ada yang berkongsikan sistem untuk menebus wang RM30 itu tergendala.

Menerusi Facebook Touch ‘n Go eWallet, ramai netizen bertanyakan hal itu dan pihaknya menjelaskan masalah sistem tergendala disebabkan oleh jumlah trafik yang tinggi dan turut meminta pengguna untuk mencuba beberapa kali.

Mereka yang layak diberi tempoh untuk memohon wang percuma itu sebelum 9 Mac 2020 untuk memastikan proses pengesahan dan pemberian wang dapat dibuat dalam masa selewat-lewatnya tempoh lima hari bekerja.

 

Bagi memastikan inisiatif itu akan mempercepatkan proses digitalisasi, wang RM30 itu perlu dibelanjakan oleh penerima bermula 15 Januari sehingga 14 Mac 2020 sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN:
Lagu Jepun Nyanyian Nenek Comel Tarik Perhatian
Demi Ibu, Lelaki Sanggup Jadi Wanita

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Gula Kapas Terapung, Pizza Rendang Laku Keras Di Kafe Ini