Peniaga Di Korea Pasang Tanda Halal Bila Nampak Pelancong Muslim Sahaja
Bukan saja muzik K-Pop yang popular di Malaysia, malah makanan dari Korea juga turut menjadi kegemaran ramai. Boleh dikatakan ramai mereka diluar sana menjadikan Korea sebagai salah satu destinasi percutian pilihan.
Jika ke Korea, tak lengkap rasanya jika tidak Myeongdong Street dan mencuba makanan yang dijual di gerai sekitar kawasan tersebut.
BACA: Rupanya Ini Rahsia Orang Korea Kekal Kurus & Langsing
Bagaimanapun, jika anda ke sana, pastikan anda berhati-hati dengan logo halal yang dipaparkan kerana ianya mungkin logo palsu.
Seperti yang didedahkan oleh seorang pengguna Twitter ini, peniaga di situ akan meletakkan papan tanda halal apabila melihat ramai pelancong Muslim atau berhijab jalan disitu.
Dekat Myeondong Street, penjual dekat stall ni bila dia nampak ramai orang pakai tudung jalan dekat situ dia tukar signboard yang ada halal tapi bila dah ramai tourist dari tempat lain *(time ni ramai orang Filipina dtg stall) dia turunkan signboard tu letak dekat tepi. pic.twitter.com/cNIL8n7Z6o
— ian N.A (@Najib_Ayub) October 23, 2019
Katanya lagi, peniaga kemudian akan menurunkan papan tanda halal tersebut apabila lebih ramai pelancong Filipina berada di sekitar kawasan tersebut.
Dalam pada itu, pengguna Twitter itu turut menasihatkan pelancong Malaysia terutama dari Malaysia yang ingin mendapatkan informasi makanan halal boleh dapatkan di Korea Tourism Organisation Malaysia dan mendapatkan baucer diskaun.
So aku suggest kalau korang nak gi Korea sebelum tu pergi laa dekat Korea Tourism Organisation Malaysia untuk dapatkan info-info halal ni dan juga baucer diskaun. Free je siap dapat kad T-money sekali. pic.twitter.com/EiRQo4JECv
— ian N.A (@Najib_Ayub) October 24, 2019
Jika anda bercadang untuk ke Korea, berhati-hatilah dalam memilih makanan utk dimakan. Bimbang termakan benda yang tidak sepatutnya nanti.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Twitter Najib Ayub