Peniaga Ini Jual Semua Makanan RM1 Demi Keberkatan
Dengan kos sara hidup semakin meningkat, bukan mudah untuk menjual makanan dengan harga yang murah di zaman yang serba mahal ini. Namun peniaga di Kampung Delima, Tumpat ini masih mampu untuk menjual semua makanan dengan harga RM1 sahaja.
Seperti tidak masuk akal hidangan mi, bihun, kuetiaw sup dan bubur nasi dijual pada harga RM1 semangkuk. Bagaimanapun, bagi peniaga tersebut, Zailani Ismail, 47, harga yang ditawarkan itu membuatkan jualannya semakin laris.
BACA: Peniaga Jual Nasi Ayam RM1.90 Sepinggan, Tak Kisah Untung 10 Sen
Meskipun keuntungan yang diperoleh agak kecil, namun konsep yang diperkenalkan sejak empat bulan lalu berjaya menarik perhatian orang ramai.
Menurut Zailani, idea untuk menjual makanan dengan harga RM1 dicadangkan oleh anak sulungnya selepas perniagaan kedai makan diusahakan selama 20 tahun itu sebelum sebelum terjejas teruk berikutan masalah kesihatan dihadapinya.
“Saya mengidap kencing manis beberapa tahun dahulu yang menyebabkan dua mata buta. Selepas menjalani pembedahan, penglihatan saya pulih namun diuji pula dengan penyakit buah pinggang tahap lima sejak tiga tahun lalu menyebabkan saya kerap keluar masuk wad.
“Bermula dari situ, pendapatan saya menjadi tidak menentu kerana perniagaan terjejas teruk dan saya pula perlu menjalani rawatan hidrolisis sebanyak tiga kali seminggu,” katanya kepada BH Online.
Kata Zailani, dalam sehari purata keuntungan diperoleh sekitar RM100 sehingga RM200. Ujarnya lagi, meskipun mendapat untung yang sedikit namun apa yang penting baginya adalah keberkatan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
MyFirstTime: Jadi Ke Tidak Buat Blueberry Pie?
- SUMBER
- BH Online