Peniaga Jual Nasi Ayam RM1.90 Sepinggan, Tak Kisah Untung 10 Sen
Bukan mudah untuk menjual makanan dengan harga yang murah di zaman yang serba mahal ini, namun peniaga nasi ayam bajet di Gerai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) masih mampu menjual sepinggan nasi ayam berharga RM1.90 sepinggan.
Menurut Dzaul Kafli, 36, dia bersama isterinya Nur Zara Kassim, 38 menjual set nasi ayam dengan harga murah adalah untuk mengurangkan beban pelanggan terutama mereka dikalangan golongan B40.
BACA: Datin Mengamuk Di Kedai Nasi Ayam Tampil Mohon Maaf
Katanya lagi walaupun untung diperoleh untuk sepinggan nasi ayam hanya 10 sen sahaja namun mereka menjual dengan harga murah daripada kebiasaan kepada pelanggan yang mempunyai ahli keluarga ramai.
“Walaupun untung hanya 10 sen, tetapi saya bersyukur dapat mengenyangkan perut pelanggan terutama dalam kalangan golongan B40 (berpendapatan terendah).
“Jadi saya perkenalkan harga jimat bagi memberi ruang kepada mereka merasai set nasi ayam murah tanpa perlu berkongsi,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, dia mengecilkan sedikit ukuran potongan ayam pada bahagian dada, paha atau kepak bagi setiap set nasi ayam dijual. Hidangan turut disertakan dengan sup, sos pedas, timun dan daun sup.
Katanya lagi, ramai pelanggan bertanyakan bagaimana perniagaannya boleh bertahan dalam keadaan ekonomi mencabar. Ujarnya, dia turut menjana pendapatan tambahan lain dengan menjual air minuman.
Dzaul berkata lagi, pada awalnya mereka hanya menjual tiga ekor sehari namun ia kini meningkat kepada lapan ekor sehari berikutan sambutan menggalakkan.
Menurut Nur Zara, resipi nasi ayam itu dipelajari melalui ahli keluarga selain rujukan laman sosial.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
MyFirstTime: Jadi Ke Tidak Buat Blueberry Pie?
- SUMBER
- Harian Metro