Peniaga Kantoi Letak Candu Dalam Mee Supaya Pelanggan Ketagih
Kebiasannya kita akan datang semula ke restoran tersebut kerana makanan yang dihidangkan mereka sedap. Namun peniaga di daerah Guangxi, China ini memasukkan candu ke dalam mee yang dijual supaya pelanggan ketagih dan kerap datang ke restorannya.
Taktir kotor restoran berkenaan terbongkar secara tidak sengaja apabila seorang pelanggan yang pernah makan di restoran tersebut didapati positif morfin, komponon aktif dalam candu.
BACA: Selangor Mungkin Jadi Negeri Pertama Tanam Ganja
Lelaki berkenaan terkejut dengan keputusan berkenaan dan mengatakan dia tidak pernah mengambil sebarang dadah terlarang. Kata lelaki itu lagi, ada satu benda yang membuatnya ketagih iaitu makan mi yang dihidangkan di restoran tersebut.
Pihak polis kemudian membuat pemeriksaan mengejut ke restoran berkenaan dan menjumpai serbuk yang didapati positif mengandungi komponen morfin dan menemui serbuk biji popi seberat 76 gram.
Pemilik restoran yang dikenali sebagai Yang akhirnya mengaku menggunakan candu sebagai bahan rahsia untuk resepinya dan mahukan pelanggan kembali datang ke kedainya untuk menikmati mee yang dijualnya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram