Susulan pengumuman oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengenai pemakaian kasut hitam kepada pelajar sekolah bermula tahun depan, rata-rata peniaga yang menjual kasut sekolah bimbang dengan lambakan stok kasut sekolah berwarna putih.

Baru-baru ini, MalaysiaKini melaporkan terdapat peniaga mengadakan jualan lelong kasut sekolah dengan harga serendah RM10 sepasang.

BACA: Maszlee: Mulai 2019 Pelajar Sekolah Pakai Kasut Hitam

Jualan tersebut adalah untuk menghabiskan stok kasut sebelum arahan pemakaian kasut hitam mula dikuat kuasakan.

Menurut laporan, lori mudah alih yang dipenuhi kasut sekolah berwarna putih itu ditemui di luar sekolah rendah di Sungai Kandis, Selangor.

Walau bagaimanapun, Maszlee berkata pelaksanaan pemakaian kasut hitam kepada pelajar sekolah yang bermula tahun depan akan dibuat secara berperingkat bagi mengelakkan ibu bapa terbeban dan pelbagai pihak yang terlibat dapat menyesuaikan diri dengan perlaksanaan baru itu.

ARTIKEL BERKAITAN:
Indonesia Tegur Bendera Mereka Silap Cetak
Kedai Makcik Seringgit Jadi ‘Port’ Makan Pelajar

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nikmatnya Nasi Lemak Lobster Di Bumi Singapura