Penjawat Awam Selangor Terima Bonus 3 Bulan Gaji
Hari ini, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengumumkan bantuan khas sebulan gaji dengan membabitkan nilai berjumlah RM33.84 juta kepada 19,244 kepada penjawat awam Selangor sempena sambutan Aidilfitri.
Dalam pada itu, Amirudin juga mengumumkan Insentif Mahabbah Selangor yang turut menyediakan insentif sebanyak RM1,000 kepada 739 kakitangan Kerajaan Persekutuan yang berkhidmat di negeri itu.
BACA: Selangor Mungkin Jadi Negeri Pertama Tanam Ganja
Menurut Amirudin, bayaran bonus tersebut ia akan dibayar kepada semua kakitangan terbabit pada 7 Jun ini. Tambahnya lagi, pembayaran dibuat selepas Aidilfitri memandangkan penjawat awam menerima gaji pada 24 Mei ini dan ia boleh digunakan selepas Hari Raya.
Bonus tiga bulan gaji
Selain itu, kerajaan negeri turut memuktamadkan jumlah bantuan khas kewangan pada tahun ini sebanyak tiga bulan gaji. Satu bulan akan diberikan pada Aidilfitri ini dan dua bulan lagi bergantung kepada indeks petunjuk prestasi (KPI) kerja penjawat awam tersebut.
Dalam pada itu, Amirudin juga mengumumkan bantuan khas kewangan berjumlah RM4.172 juta kepada petugas di 390 masjid dan 2,053 surau di negeri ini
Petugas masjid kariah terdiri daripada nazir, imam, bilal serta siak akan menerima RM400 setiap orang. Manakala bagi petugas surau pula untuk kategori jawatan sama melibatkan 390 surau akan menerima RM300 seorang.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- BH Online