Penjual Dedah 11 Kali Minum Kopi Peluntur Tapi Masih Hidup
Minggu lalu, viral di media sosial mengenai kopi yang dicampur cecair peluntur sehingga berlaku kes dimana seorang wanita hampir hilang nyawa selepas minum kopi campuran tersebut.
Namun, seorang wanita yang merupakan penjual produk kosmetik dan kesihatan mengakui sudah 11 kali minum kopi yang dicampur peluntur itu namun tiada kesan buruk terjadi padanya.
BACA: Wajib Beli Barang Berguna Ini Jika Ke Kedai ECO 2 Ringgit
Wanita tersebut, Rusliza Abd Ghani, 25, memberitahu dia bukan saja menjual kopi tersebut malah turut mengamalkannya.
“Saya sudah 11 kali minum kopi campur pelutur, tiada apa-apa kesan sampingan kerana kopi berkenaan mampu meneutralkan bahan peluntur termasuk racun atau bisa binatang.
“Saya terkejut bila berlaku kes di mana wanita berkenaan memberitahu hampir hilang nyawa selepas minum kopi campur peluntur itu sedangkan orang lain tidak pernah ada sebarang masalah.
“Malah, sejak berita mengenai dakwaan itu tular, saya juga turut diserang ‘keybord warriors dan mengecam saya,” katanya kepada Sinar Harian.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas selepas beberapa jam minum kopi berkenaan.
Wanita tersebut, Siti Hajar Abdullah, 30 tahun yang disahkan menghidap penyakit buah pinggang, jantung, darah tinggi serta bengkak hati terpengaruh dengan kopi berkenaan yang kononnya boleh menyembuhkan penyakitnya itu.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Lubuk Ketam Di Setapak 🔥🔥🔥
- SUMBER
- Sinar Harian