Penuhi Pemintaan Pelanggan, A&W Turunkan Harga Makanan Mei Ini
Sebut sahaja restoran makanan segera A&W sememangnya ia menggamit memori. A&W pernah menjadi kegemaran ramai dimana ia merupakan restoran makanan segera pertama di Malaysia dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Meskipun sudah banyak jenama restoran makanan segera lain dibuka di Malaysia, namun A&W masih lagi bertahan sehingga ke hari ini.
BACA: Selamat Tinggal, Restoran A&W Petaling Jaya
Untuk memenuhi permintaan pelanggan, A&W Malaysia dikatakan bakal menambah lebih banyak pilihan menu berharga RM8.90 dan RM9.90 pada bulan Mei ini. Sebelum ini, harga bagi satu set A&W sekitar RM14 dan RM15.
Penurunan harga makanan yang diperkenalkan itu dapat meningkatkan lagi jumlah pengguna sekaligus menunjukkan A&W Malaysia sentiasa mendengar permintaan pelanggan.
Selain itu, 10 rangkaian restoran A&W akan bekerjasama bersama GrabFood. Malah, pembukaan restoran A&W beserta drive-thru bakal dipertingkatkan daripada empat cawangan kepada lapan cawangan.
Bukan itu sahaja, A&W Malaysia juga dalam perancangan untuk melanjutkan waktu beroperasi selama 24 jam pada tahun hadapan. Nampaknya, Inter Mark Resources Sdn Bhd mempunyai pelan terbaru untuk kembalikan zaman kegemilangan A&W Malaysia seperti pada era 90-an.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Datang Hameediyah Kota Damansara Memang Kena Beratur? 😱
- SUMBER
- The Vocket