Bagi pasangan Muslim yang bakal berkahwin, mereka diwajibkan untuk mengikuti kursus pra perkahwinan. Ianya bertujuan untuk mendedahkan kepada bakal pengantin kehidupan sebenar di alam perkahwinan.

Dalam kursus tersebut, hal berkaitan tangungjawab dalam perkahwinan akan dibincangkan untuk dijadikan sebagai sempadan atau teladan dalam berumah tangga.

BACA: “Total Barang Rumah RM24,000, Gila Macam Mana Nak Kahwin”

Sebagai penceramah, mereka sepatutunya berkongsikan hal-hal yang boleh dijadikan contoh baik kepada bakal-bakal pengantin, namun ianya mengejutkan apabila seorang penceramah ini mengeluarkan kenyataan mengejutkan mengenai wanita yang tidak menutup aurat.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, penceramah tersebut mengatakan bahawa wanita yang tidak menutup auratnya layak dicabul dan dizina.

Difahamkan, kursus kahwin tersebut dianjurkan oleh pihak JAWI dan netizen turut meminta Menteri Timbalan Menteri Agama, Datuk Seri Dr Mujahid Fauziah Rawa memantau kegiatan penceramah tersebut serta mengambil tindakan sewajarnya.

 

Dalam pada itu, video ceramah tersebut turut didedahkan kepada umum. Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang tidak bersetuju dengan cara penceramah tersebut. Malah ada yang meminta agar pihak berkenaan menggantung lesen penceramah tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?