Umum mengetahui, Kementerian Kesihatan mengumumkan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019. Namun, tiga persatuan yang mewakili pengusaha restoran mengadakan demonstrasi aman di depan bangunan Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA) membantah larangan tersebut.

Presiden MSCSPGA, Ho Su Mong, berkata Kementerian Kesihatan sepatutnya meminta pandangan mereka terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan. Keputusan yang dibuat kerajaan itu seperti melucutkan hak mereka selaku pemilik perniagaan.

BACA: Mulai 1 Januari 2019, Larangan Merokok Di Restoran & Warung

Katanya lagi, bantahan tersebut bukan mahu menggalakkan pelanggan merokok tetapi hanya mahu semua pihak mendapat hak masing-masing.

“Kedai makan kami bukan milik majlis perbandaran mahupun kerajaan. Kami membina perniagaan dengan penat lelah. Oleh itu bukankah pandangan kami lebih penting daripada pihak-pihak tidak berkenaan. Perokok juga manusia, bukan sampah sarap.

“Kami tidak meminta pelanggan untuk merokok. Sebaliknya, kami hanya inginkan hak untuk menyediakan khidmat bagi kedua-dua jenis pelanggan iaitu yang merokok dan tidak merokok,” katanya.

 

Dalam pada itu, Presiden Primas, T Mutusamy, berharap agar kerajaan mengambil kira kesan yang akan diterima peniaga dan mengkaji semula arahan tersebut.

Tambahnya lagi, di negara luar, kerajaan menyediakan tempat khusus bagi perokok tanpa diskriminasi selain turut membenarkan perokok merokok di kedai makan terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN
Kerajaan Tolak Cadangan Ruang Khas Merokok Di Restoran
Setahun Berhenti Merokok, Lelaki Ini Berjaya Jimat RM6,120

angan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi