Kelantan. Sebut saja Kelantan, kita tahu sangat bahawa negeri ini merupakan syurga makanan. Bermula dari sarapan sehinggalah ke tengah malam, pasti ada lokasi yang kita boleh kunjungi. Walaupun Vitdaily sudah beberapa kali ke Kelantan tapi setiap kali pergi mesti ada tempat makan lain yang memikat hati.

Sempat juga pusing-pusing di Pasar Siti Khadijah sekejap. Kali ini kami kongsikan beberapa tempat makan yang anda boleh terjah jika pertama kali sampai di sini. Tapi yang kedai Nasi Sup Sri Cemerlang itu memang teringat-ingat sampai sekarang.

BACA: “Rimas Dengan Peniaga Kelantan, Belajarla Cakap KL”

Sarapan

Pok Loh Milo Tonggeng

Jujurnya sebelum sampai sini, pelik juga kenapa kedai ini dipanggil Milo tonggeng. Rupanya-rupanya tukang buat air akan tonggengkan tin milo. Penyudahnya, berbukit-bukit Milo dalam gelas. Kedai makannya kecil saja tapi molek sangat untuk berhenti sarapan seketika.

Lieniey Nasi Kerabu Tumis

Nasi kerabu di sini warnanya putih dan yang paling best di Lieniey ini sebab kita dapat tengok sendiri ayam dan daging dibakar. Cari guna Waze dan bila nak sampai kedainya nanti, boleh nampak asap kepul-kepul putih dari jauh.

Bagi yang suka ayam, boleh cuba ayam tapi pilihan utama Vitdaily di sini pastinya daging bakar dia.

Makan Tengahari

Nasi Sup Sri Cemerlang (Waze Kay Bee Inn)

Ini merupakan kedai makan yang kami agak skeptikal pada awalnya. Maklumlah, jual nasi putih dengan ayam atau daging bakar madu saja pun. Sekali bila dah rasa sup perut dia, alahai, teringat-ingat sampai sekarang. Kedainya bawah pokok. Sup perut sebagai kuah di sini memang terbaik.

Minum Petang

Pok Lie Mee Celup

Ada seorang kenalan bawa kami ke sini. Katanya kalau makan di sini, kena pandai sedut telur. Mee segera memang jadi signature dan yang paling unik, telur separuh masak akan diletakkan atas mee segera dan kita kena bancuh sendiri dengan perasa. Nak tahu berjaya atau tidak kami sedut telur, kena tonton video di bawah.

Pantai Cahaya Bulan

Ha, biasalah kalau datang tepi pantai, mesti ada restoran’kan? Selain bergambar dan luang masa bersama keluarga, bolehlah basahkan tekak dengan air kelapa dan makan makanan laut bercelupkan tepung di sini.

Ramai yang kata di sini mahal dan cekik darah tapi bagi kami, kita sebagai pembeli ada kuasa nak bertanya dulu betul-betul harga. Jika rasa mahal, boleh bawa bekal dari rumah, bentang tikar bawah pokok, makan satu keluarga, lagi layan’kan?

Seronok memang seronok berjalan ke negeri orang dan yang lagi seronok bila dapat cuba makan pelbagai makanan yang tiada di negeri kita. Tapi bagi yang rasa menyesal dan bingung untuk turunkan berat badan macam mana, boleh dapatkan Kerengga Lentik Chocolate Shake.

Berjaya membantu pengguna mendapatkan bentuk badan ideal, kami kongsikan sikit gambar testimoni mereka yang sudah berjaya menurunkan berat badan. Klik di sini atau klik pada gambar untuk mendapatkan Kerengga Lentik Chocolate Shake

Apa pun, jangan lupa layan video di Kelantan ini. Enjoice!

VIDEO: Sedut Telur Di Kelantan 🤣 🤣 🤣