Pertandingan Spicy King Di China Yang Pedas Gila
Negara China terkenal dengan idea yang unik dan kreatif. Malah, pertandingan dianjurkan oleh negara itu juga menarik minat orang ramai kerana lain dari yang lain. Baru-baru ini China mengadakan pertandingan Spicy King dan ia mendapat sambutan ramai dari peserta lelaki mahupun wanita.
BACA: Di China, Arnab Pun Makan Pedas
Pertandingan Spicy King diadakan di Ningxiang, Wilayah China Selatan, Hunan, China. Peserta pertandingan tersebut harus memakan cili sebanyak mungkin dalam masa yang singkat, lapor People’s Daily, China.
Para peserta akan diletakkan ke dalam balang kaca besar yang dipenuhi cili. Mereka wajib memakan cili yang ada di dalam balang kaca tersebut seberapa banyak yang mereka mampu dengan pantas.
“Ini betul-betul berapi,” kata salah seorang peserta pertandingan Spicy King. Pelbagai gelagat peserta dapat dilihat ketika pertandingan. Ada di antara mereka membasuh muka dengan air kerana terlalu pedas dan muka berkerut menahan kepedasan cili demi untuk memenangi pertandingan tersebut.
Seorang peserta bernama Su berjaya memenangi pertandingan itu apabila dia dapat menghabiskan sebanyak 15 cili dalam masa 60 saat.
Walaupun ia kelihatan menghiburkan, namun pertandingan cili seperti ini agak bahaya untuk perut anda malah kita semua boleh bayangkan apa yang akan berlaku di bilik air setelah semua cili terhadam dengan baik, bukan?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pedas Sungguh Siput Sedut Tapi Sedap!
- SUMBER
- SINAR HARIAN