Pertaruh Nyawa Selamatkan Lembu Ketika Banjir
Ramai yang mahu selamatkan diri dan sanggup meninggalkan rumah untuk beberapa hari kerana air banjir mula meninggi.
Namun, ada yang terlupa atau tak sempat menyelamatkan haiwan ternakan mereka kerana banjir naik terlalu cepat. Nyawa haiwan juga penting walaupun kita perlu utamakan keselamatan diri dahulu.
BACA: Amboi Manja Betul Cik Ah
Seorang lelaki berasal dari Kampung Paloh Nyor, Kuala Berang, Terengganu, sanggup mempertaruhkan nyawanya mengharungi bangjir untuk menyelamatkan haiwan ternakannya seperti lembu.
Mohd Fazil Abdul Rahman, 27 tahun, adalah insan yang bertanggungjawab memastikan haiwan ternakan selamat dan menempatkan semuanya di satu kawasan berbukit.
Menurutnya, dia akan menempatkan empat kerbau dan 20 lembu miliknya di sebuah bukit yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya apabila tiba musim banjir.
“Sebahagian lembu ditempatkan di tiga kandang di belakang rumah manakala selebihnya sememangnya ditempatkan di kandang di kawasan bukit dalam kebun kelapa sawit milik keluarga,” jelasnya.
Malah, dia atau abang serta ayahnya akan menyeberangi sungai berarus deras untuk memberi haiwan peliharaan mereka makan ketika banjir.
Tambahnya, mereka akan menyimpan sebanyak 500 kilogram stok makanan untuk mereka dan akan menyeberangi sungai dalam dua atau tiga kali setiap hari.
“Saya anggarkan nilai lembu itu kesemuanya berjumlah RM40,000 manakala kerbau pula kira-kira RM12,000 dan perlu dijaga dengan baik sama ada pada musim tengkujuh atau tidak kerana ia adalah sumber pendapatan saya dan keluarga,” tambahnya.
Pujian harus diberikan kepada anak muda ini kerana sanggup mengambil risiko untuk menjaga dan memastikan haiwan ternakannya berada dalam keadaan selamat.
ARTIKEL BERKAITAN:
Daging Lembu Dikatanya Daging Babi
Ingatkan Daging Babi, Rupanya Daging…
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Unboxing iPhone X And Giveaway?
- SUMBER
- HARIAN METRO