Pesilat Negara Cedera Disepak Dimuka, Netizen Persoal Keputusan Pengadil
Sejak semalam tular mengenai Sukan SEA Manila 2019 lebih-lebih lagi pertandingan silat yang menyaksikan pertarungan di antara pesilat negara, Muhammad Faizul M Nasir dengan pesilat tuan rumah, Dines Dumaan.
Malang menimpa pesilat negara kita apabila mengalami kecederaan ketiga bertarung. Faizul yang merupakan juara bertahan bagi acara tersebut gagal mempertahankan gelaran itu gara-gara tercederan disepak di bahagian muka oleh pesilat dari Filipina.
BACA: Pengulas Sukan ‘Sujud Sahwi’ Mohon Maaf
Selepas daripada itu, Faizul dilihat terbaring sambil memegang di bahagian muka menahan kesakitan lebih tiga minit tanpa mendapat bantuan perubatan. Ketika itu, pengadil sedang mengira mata sebelum mengumumkan kemenangan 5-0 milik pesilat Filipina.
Setelah selesai perlawanan tersebut, Muhammad Faizul dilaporkan terus diusung keluar daripada gelanggang tersebut.
Tindakan sekretariat pertandingan yang tidak memberikan bantuan perubatan segera kepada Muhammad Faizul sekaligus mengundang kemarahan jurulatih silat tanding negara, Mazlan Saari.
Menurut Bernama, Datuk Megat Zulkarnain Omardin memaklumkan bahawa Muhammad Faizul telah dikejarkan ke Hospital Memorial James L. Gordon, dekat sini bagi rawatan lanjut.
Tambah Ketua Kontinjen Malaysia itu lagi, pasukan perubatan hospital berkenaan sedang berusaha untuk menstabilkan keadaan Muhammad Faizul
Insiden berkenaan sekaligus turut mengundang kemarahan rakyat Malaysia yang turut mempersoalkan keputusan pengadil dan rasa tidak puas hati susulan tindakan pasukan medik yang hanya membiarkan Faizul baring menahan kesakitan sendirian.
first time aku tngk medic biar pesakit baring without no one by his side. are they really medic team or orang yang upah waktu jumpa kat luar like nak mengisi kekosongan
— take me to Bucheon, Baekhyun (@nrinedana) December 4, 2019
Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq menerusi laman Twitter miliknya juga memaklumkan akan mengambil tindakan dan menghantar nota protes kepada pihak yang berkaitan.
ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?
- SUMBER
- Bernama