“Petai Tak Boleh Pulih Sakit Kronik”
Petai dikatakan mempunyai banyak khasiat yang bagus untuk kesihatan. Ada yang berpendapat petai mampu pulihkan penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang malah ada segelintir orang yang mengamalkannya dalam jumlah yang banyak pada setiap hari demi untuk menyembuhkan penyakit yang mereka hidapi.
BACA: Kang Gary Pekena Cendol Di Pulau Pinang
Pakar buah pinggang, Dr Rafidah Abdullah menyifatkan amalan tersebut sebagai mengarut kerana petai mengandungi kadar kalium atau potassium yang tinggi serta boleh membahayakan nyawa pesakit buah pinggang.
“Petai hanya menyebabkan kencing berbau, tak akan membantu memulihkan penyakit buah pinggang. Sangat mengarut! Petai tidak boleh pulihkan pesakit kronik,” tulis beliau di status akaun laman sosial Facebook miliknya.
Dia mengeluarkan kenyataan itu setelah diminta untuk memberi respon terhadap satu video seorang pesakit kronik mendakwa punca bacaan paras gula di dalam darahnya menurun disebabkan petai.
“Kalau buah pinggang dah rosak macam kata pesakit dialisis ini, memanglah bacaan gula turun sebab insulin berada di dalam badan lebih lama (sebab tiada proses “breakdown” oleh buah pinggang yang dah rosak),” terangnya lagi.
Dia juga menjelaskan bahawa bacaan gula di dalam darah harus dilihat menggunakan bacaan HbA1C iaitu purata kawalan selama tiga hingga empat bulan.
Bahkan, pesakit buah pinggang akan berasa degupan jantung laju dari biasa atau berhenti secara tiba-tiba jika mengambil kalium secara berlebihan.
“Pesakit dialisis makan petai banyak macam ini? Tahukah anda petai banyak potassium. Dahlah dialisis dikurangkan, makan petai sebanyak itu! Saya gerenti ini rawatan sendiri, bukan dari saranan Pakar Nefrologi,” ujarnya sambil berharap orang ramai tidak menyebar berita palsu mengenai kesihatan pada masa akan datang.
Kita harus merujuk kepada doktor yang bertauliah sebelum mengamalkan atau mengambil makanan, ubat-ubatan selain dari farmasi hospital jika ingin sihat dengan cara yang betul.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Kena Baling Dengan Keropok?
- SUMBER
- MSTAR