Kini bertambah lagi satu menu berdasarkan warna Unicorn iaitu pizza Unicorn. Di luar negara, ramai peminat Unicorn sanggup berhabis duit demi memiliki barangan Unicorn ataupun mencuba makanan dan minuman Unicorn seperti minuman dari Starbucks yang mencetuskan fenomena di seluruh dunia beberapa bulan lepas.

BACA: Macaron Unicorn Yang Comel Gila!

Sumber dari instagram.com

Makanan berwarna pastel seperti biru dan pink sering dikaitkan dengan Unicorn. Pizza yang berwarna pastel ini juga digelar pizza Unicorn oleh orang ramai yang telah merasainya.

Sumber dari instagram.com

Untuk pengetahuan anda, pizza Unicorn ini boleh didapati di Industry Kitchen, New York. Ia dinamakan Pop Candy Land Pizza dan kelihatan menarik dengan doh berwarna-warni serta topping yang menggiurkan.

Sumber dari instagram.com

Tidak sama seperti pizza biasa anda makan, pizza Unicorn ini mempunyai rasa agak manis kerana ia dihidangkan bersama gula-gula kapas yang comel di atasnya.

Sumber dari instagram.com

Pasti ada peminat Unicorn teringin untuk mencubanya apabila melihat warna pizza yang menarik di samping hiasannya yang mempunyai pelbagai warna.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lepas Makan Mee Kari, Kita Petik Strawberry