Potongan-potongan kecil plastik berukuran kurang dari lima milimeter panjang atau kira-kira saiz benih boleh ditemui hampir di mana-mana sahaja di dunia kita.

Para saintis telah menemui zarah, atau lebih dikenali sebagai mikroplastik, dari lautan , dalam air botol mahupun dalam garam masakan yang selalu kita guna .

Namun, dalam satu kajian terbaru yang didedahkan pada mesyuarat United Gastroenterology United Kingdom semalam telah menyenaraikan satu tempat persembunyian mikroplastik yang agak mengejutkan, iaitu dalam najis manusia!.

Ada 9 jenis mikroplastik yang ditemui dalam sample najis manusia

Mikroplastik boleh ditemui dalam garam masakan dan minuman ringan.

Memetik laporan yang dikeluarkan The Guardian semalam, menurut kajian itu zarah-zarah kecil mikroplastik mungkin meluas dalam rantaian makanan manusia.

Satu pasukan penyelidik Austria yang diketuai oleh Philipp Schwabl , seorang pakar perubatan di Universiti Perubatan Vienna, meminta lapan peserta dari lapan negara yang berbeza dari Austria, Itali, Finland, Jepun, Belanda, Poland, Rusia dan United Kingdom.

Para peserta terbabit dibiarkan dengan rutin makanan mereka selama seminggu kemudian diminta untuk menyerahkan sampel najis pada akhir ujian.

Apabila sampel najis peserta dikaji, semua sampel najis mereka didapati mengandungi zarah mikroplastik.

Apa yang lebih mengejutkan,  sembilan jenis plastik yang berbeza didapati daripada 10 jenis yang berpotensi, telah ditemui dengan saiz antara 50 hingga 500 mikrometer.

Polipropilena dan polietilena terephthalate adalah plastik yang paling biasa dijumpai. Rata-rata, 20 zarah mikroplastik didapati dalam setiap 10g najis manusia.

Apa itu mikroplastik?

9 jenis mikroplastik ditemui dalam najis manusia.

Microplastics ditakrifkan sebagai zarah bahan plastik kurang daripada 5mm, lazimnya dicipta untuk digunakan dalam produk seperti kosmetik.

Mikroplastik sering ditemui di laut, malah penemuan sebelum ini mengesahkan telah menjumpai mikroplastik dalam perut ikan dan garam masakan.

Polietilena terephthalate (PET), kebiasaanya  digunakan untuk membuat botol plastik dan beg membeli-belah, manakala polipropilena (PP), digunakan bagi membuat  topi dan penutup botol.

Mikroplastik telah ditemui dalam air paip di seluruh dunia, di lautan dan serangga terbang. Siasatan baru-baru ini di Itali juga mendapati mikroplastik hadir dalam minuman ringan.

Para saintis masih mengkaji samada mikroplastik mendatangkan bahaya pada manusia.

Haiwan paling menerima kesan akibat pencemaran plastik. Imej dari theecologist

Para saintis masih belum mengetahui tentang kesan mikroplastik apabila ia memasuki tubuh manusia.

Penggunaan plastik sangat sukar dikawal dalam kehidupan moden dan untuk menghapus sepenuhnya dari rantaian makanan akan sangat sukar.

Sejuta botol plastik dibeli di seluruh dunia setiap minit dan bilangannya dijangka melonjak 20% lagi pada tahun 2021.

Philipp Schwabl, seorang penyelidik di Universiti Perubatan Vienna yang mengetuai kajian itu, berkata:

 “Ini merupakan kajian pertama seumpamanya dan mengesahkan apa yang kita telah lama jangka, bahawa plastik akhirnya memasuki  usus manusia. Kebimbangan khusus adalah apa yang dimaksudkan, dan terutama mereka yang mengalami penyakit usus. “

Tambah Schwabl lagi, zarah-zarah mikroelektrik terkecil mampu memasuki aliran darah, sistem limpa, bahkan sampai ke hati

Dengan bukti penemuan pertama ini, kajian lanjut perlu dilakukan bagi mengetahui bahaya yang bakal terjadi pada kesihatan manusia.

Beberapa negara telah mengharamkan beg plastik sepenuhnya, dan semakin banyak bandar raya, termasuk di Amerika Syarikat, Britain, Malaysia dan beberapa negara Asia lain, membincangkan langkah-langkah untuk mengharamkan straw dan barang-barang tunggal yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN
Pasaraya, Restoran Akan Didenda Jika Masih Pakai Beg Plastik
Haramkan Straw, Malaysia Ikut Jejak Britain & Taiwan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Steamboat Wajib Datang Di Putrajaya! 😍

Sumber: TheGuardian