‘Pocong’ Menangis Dihukum Tidur Di Kubur
Konon mahu menakutkan orang kampung, akhirnya diri sendiri yang binasa. Gara-gara menyamar jadi pocong dua remaja di Kampung Bojong Liyo, Sukmajaya, Depok terima padah apabila mereka dihukum tidur di kubur.
Bagaimanapun, orang kampung terpaksa memanggil ibu bapa remaja berkenaan selepas ‘pocong’ tersebut menangis di kubur. Namun, ketika dihukum tidur di kubur, mereka juga ditemani penduduk kampung.
BACA: Menyeramkan Tapi Tudung Bawal Pocong Laku Habis!
Jelas Fachmi, salah seorang daripada penduduk yang turut sama menangkap ‘pocong’ terbabit memberitahu, tujuan hukuman itu adalah untuk memberi pengajaran kepada mereka.
“Kami terpaksa memanggil ibu bapa mereka selepas ‘pocong’ terbabit menangis di atas kubur. Kami menjelaskan berpura-pura menjadi pocong bukan satu gurauan kerana ia boleh membahayakan orang lain.
“Kita tidak menggunakan hukuman dalam bentuk fizikal. Ia adalah untuk mengajar mental mereka,” katanya.
Dalam pada itu, pihak berkuasa yang turut ke lokasi tersebut memberitahu tiada sebarang tindakan yang akan diambil. Pihak berkuasa hanya menasihatkan remaja itu dan ibu bapa mereka agar tidak mengulangi lagi perbuatan tersebut.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Steamboat Wajib Datang Di Putrajaya! 😍
- SUMBER
- Sinar Harian