Polis Cantik Di Sukan Sea Jadi Perhatian
Banyak perkara menarik yang berlaku sepanjang Sukan SEA 2017 berlangsung di negara kita. Antara pihak yang sibuk memastikan acara terbesar ini berjalan lancar adalah pihak polis. Ramai anggota polis ditugaskan untuk menjaga keselamatan para atlet dan juga orang awam.
BACA: Indonesia Tegur Bendera Mereka Silap Cetak
Namun, yang menjadi perhatian orang ramai apabila gambar seorang anggota polis pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Polis Diraja Malaysia tular di laman sosial kerana mempunyai rupa paras menarik.
Anggota polis yang dimaksudkan ialah Zarith Aqilah, anggota polis STAFOC yang turut serta membuat rondaan dalam Ops Cantas Rimau sempena Sukan SEA 2017.
Ramai tidak menyangka ada anggota polis secantik dirinya di Malaysia. Malah, terdapat beberapa orang lelaki berusaha untuk menawan hatinya di laman sosial Twitter.
Ada di antara mereka sanggup kena tembak kerana mahu ditembak dengan panahan cinta dan ada juga mahu menjadi pencuri kerana mahu mencuri hati anggota polis cantik tersebut.
Selain itu, mereka juga sanggup kena ‘body search’ dan bermacam-macam lagi ayat untuk memikat Zarith di laman sosial.
Bahkan, ada di antara mereka juga tidak berputus asa untuk mendapatkan perhatian daripada Zarith di akaun Facebook miliknya dengan meninggalkan komen di gambar-gambar miliknya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Apa Yang Best Di Sungai Petani?
- SUMBER
- TWITTER @_NRSHFWNI