Dulu bila tiba bulan Ramadan pasti ada kanak-kanak nakal suka menyamar jadi hantu bila pulang dari masjid dengan tujuan untuk menakutkan mereka yang hendak pulang ke rumah.

Beberapa hari lalu, seorang remaja lelaki didenda oleh pihak polis kerana menyamar jadi hantu pocong di Pekan Bukit Pinang, Alor Setar, Kedah.

BACA: Serah Diri Pada Polis Sambil Bawa Donut

Remaja tersebut, Mohd Imran Mohammad, 16 tahun, bersama rakan-rakannya menyamar jadi hantu dengan tujuan untuk menakutkan kanak-kanak yang pulang daripada mengaji al-Quran serta rakan mereka yang sedang melepak di Taman Pinang Jaya.

Tindakan mereka terbantut apabila terserempak dengan seorang anggota polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

“Saya yang menyerupai pocong diminta melompat-lompat seperti pocong sambil disaksikan orang ramai yang berhenti untuk melihat,” ujarnya.

Sebelum itu, Imran dan tiga rakannya membalut badan masing-masing dengan kain selimut dan mengikat pada bahagian kepala sebelum keluar membonceng motosikal yang dibawa oleh seorang rakan manakala dua lagi menunggang motosikal lain.

“Kami diberi nasihat supaya tidak lagi melakukan perbuatan seperti itu lagi kerana ia boleh mengakibatkan kejadian lebih buruk seperti kemalangan jalan raya dan menyebabkan orang terkejut dan diserang sakit jantung,” katanya dalam nada kesal.

Mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kepala Batas sebelum ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan kemudian dilepaskan semula.

Macam-macam idea golongan remaja sekarang mahu bergurau tapi nasib baik mereka ini tak terserempak dengan ‘pocong’ sebenar. Seram!

ARTIKEL BERKAITAN:
Jangan Harap Polis Nak Bayar Kalau Kena Langgar
McD Malaysia Lapor Polis Berhubung Dakwaan Boikot

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Bukan Biskut Rokok!