Prank Anak Boleh Sebabkan Trauma Jangka Masa Panjang
Baru-baru ini tular di media sosial perkongsian seorang ibu menyolek mata anak perempuannya menjadi hitam kononnya akibat ketagih bermain gajet.
Perkongsian tersebut menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen, di mana ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju dengan tindakan tersebut kerana bimbang akan berikan kesan buruk pada anak.
Perkara itu turut mendapat perhatian Public Health Malaysia yang mengeluarkan kenyataan mengenai tindakan wanita itu dan kesan prank yang dilakukan terhadap anak-anak.
Menurut Public Health Malaysia, penggunaan gadget secara berlebihan sememangnya mendatangkan kesan negatif kepada kanak-kanak.
Namun, tindakan wanita itu dianggap salah kerana boleh menyebabkan luka dan parut psikologi kepada anak.
PRANK
Prank merupakan trend terkini di media sosial yang dilakukan untuk mempermainkan seseorang, menyebabkan mangsa malu, keliru dan tidak selesa. Media sosial menyebabkan budaya prank ini semakin berleluasa termasuk ibu bapa melakukan prank kepada anak.
PERISTIWA
Peristiwa atau persekitaran yang dialami oleh seseorang individu yang menyebabkan kesan emosi, fizikal, kesihatan seseorang individu.
Semasa sedang mengalami trauma, otak kanak kanak berada dalam keadaan stres yang memuncak, hormon ketakutan di rembes dengan banyak.
Keadaan ini menjadi lebih serius kerana otak kanak kanak sedang berkembang. Sebarang bentuk trauma akan KEKAL dalam memori untuk jangka masa panjang .
Takutkan anak dengan prank bukan cara terbaik
Respon dan tindakbalas mungkin berbeza untuk setiap kanak kanak. Tetapi percayalah,menakut nakutkan anak dengan prank bukan cara yang terbaik untuk mengubah tingkahlaku.
Mengikut kajian, kanak kanak yang trauma bakal berhadapan dengan kesukaran untuk mengawal emosi. Mereka mungkin mengalami,
- Rasa ketakutan dan kerisauan yang tidak menentu
- Sukar untuk ditenangkan dan dipujuk
- Bertindak agresif dan impulsif
- Hilang keyakinan diri
- Mengalami kesukaran untuk tidur
- Mundur dan terkebelakang dari segi fungsi dan tingkahlaku.
.
TRUST – Kepercayaan
Ibu bapa adalah insan yang paling dipercayai oleh kanak kanak. Sekiranya mereka dapat tahu bahawa ibu bapa telah menipu mereka sehingga mengalami trauma, adakah mereka masih dapat mempercayai ibu bapa seperti sebelum ini?
Hari ini mungkin anda solekkan mata, adakah esok lusa anda akan simbah kordial sirap seperti kesan berdarah untuk mengubah tingkahlaku yang lain?
Agama sendiri tidak pernah mengajar untuk menipu
Setiap ibu bapa ada cara yang unik dan berbeza dalam mendidik anak anak. Sesungguhnya, kanak kanak perlu tahu dan dimaklumkan mengenai kesan, akibat dan tanggungjawab dari perbuatan yang mereka lakukan.
Ternyata, dengan mewujudkan trauma dengan prank matlamat ini tidak mungkin berhasil. Agama sendiri tidak pernah mengajar untuk menipu dan menginya walaupun untuk tujuan pendidikan