Setiap pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga pasti impikan majlis yang indah untuk diingati sebagai kenangan terindah.

Nampaknya, apa yang berlaku ini pasti tidak dapat dilupakan oleh pasangan pengantin apabila dekorasi majlis perkahwinan mereka roboh.

BACA: Tetamu Paling Biadap Buang Lampin Dipenuhi Najis Atas Pinggan

Perkara itu berlaku gara-gara kanak-kanak nakal yang bertindak bergayut pada dekorasi berkenaan sehingga roboh. Lebih menghairankan, adakah ibu bapa hanya melihat dan membiarkan sahaja anak-anak mereka bermain disitu.

Apa yang menjadi persoalan, siapakah yang akan membayar ganti rugi di atas kerosakan tersebut. Adakah, tukang pasang perlu dipersalahkan kerana props yang dipasang tidak kukuh?

 

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang berpendapat dalam kes itu ibu bapa yang harus dipersalahkan kerana tidak menegur anak bermain tidak tentu hala.

Namun, ramai yang bersetuju bahawa rata-rata ibu bapa zaman sekarang bermasalah kerana hanya mahu menyalahkan orang lain dari anak mereka sendiri.

Dalam pada, ramai yang menyarankan meminta ganti rugi daripada ibu bapa kanak-kanak terlibat sebagai pengajaran.

Malah, ada yang meluahkan rasa geram dengan mengatakan, jika mereka ada disitu pasti mereka akan bertindak merakam video kanak-kanak terlibat.

Gula Kapas Terapung, Pizza Rendang Laku Keras Di Kafe Ini