Prototaip Kereta Terbang Dijangka Siap Oktober Ini
Tinggal beberapa bulan sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun 2020, pasti ramai yang tahu bahawa Malaysia bakal memiliki kereta terbang pertama. Terbaru, prototaip kereta terbang itu dijangka bakal dilancarkan awal Oktober ini.
Projek tersebut dijangka menelan kos pelaburan sekitar RM1 juta.
Difahamkan, ia teknologi dron dan kecerdasan buatan (AI) yang kini berkembang pesat.
BACA: Model Kereta Terbang Dikritik, Netizen Samakan Dengan Kipas USB
Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof berkata, kereta terbang berkenaan akan dipacu oleh teknologi tempatan dan tidak menggunakan satu sen pun duit rakyat.
Projek kereta terbang adalah cara untuk kerajaan mewujudkan persekitaran yang mendorong rakyat untuk memikirkan tentang teknologi baharu.
Terdahulu, model skala kecil kereta terbang yang dipamerkan di LIMA 2019, Langkawi, Mac lalu dikecam teruk. Malah ada yang menyamakan reka bentuk kereta terbang itu seperti kipas USB.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉
- SUMBER
- Utusan Online