Pulau Boracay merupakan salah satu pulau peranginan popular di seluruh dunia kerana airnya yang jernih dan pantai yang cantik.

Namun, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, mengarahkan pulau itu ditutup serta mengisytiharkan ia sebagai kawasan bencana kerana pantai di kawasan itu berbau najis.

BACA: Ini Memang Betul Pulau Babi

Sumber dari foundtheworld.com

Menurutnya, terdapat laporan mengesahkan lebih 60 punca pencemaran termasuk resort bertaraf lima bintang membuang air sisa kumbahan ke dalam laut hingga menyebabkan air laut berbau najis.

Sumber dari foundtheworld.com

Malah, Jabatan Alam Sekitar dan Sumber Asli turut menemui bukti perlanggaran undang-undang alam sekitar antarabangsa pulau tersebut.

Sumber dari foundtheworld.com

Disebabkan itu, Duterte mengarahkan Setiausaha Alam Sekitar, Roy Cimatu untuk menutup pulau Boracay kepada pelancong selama dua bulan bermula pada 1 Jun ini.

Namun, langkah-langkah pembersihan pulau diadakan dengan lebih cepat dan ia telah bermula sejak semalam (Rabu) dan akan dilakukan selama enam bulan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Lelaki Kena Bogel Kalau Nak Masuk Pulau Ini
Lautan Bahamas Kering Kontang Selepas Dilanda Taufan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Tempat Makan Di Taman Tamadun Islam Terbongkar!