Pulau Boracay Ditutup Gara-Gara Pelancong China Tanam Lampin Di Pantai
Baru saja dibuka kepada pelancong pada Oktober lalu, Pulau Boracay ditutup sementara waktu gara-gara sikap tidak bertanggungjawab pelancong yang tidak menjaga kebersihan dan persekitaran pantai tersebut.
Pantai itu ditutup berikutan tular satu video dimana palancong dari China menanam lampin yang dipenuhi najis di dipersisiran pantai.
BACA: Pulau Boracay Berbau Najis, Presiden Arah Tutup
Video tersebut memaparkan seorang wanita sedang membersihkan anaknya yang baru habis membuang, sementara seorang lagi wanita menanam lampin pakai buang itu di dalam pasir.
Ok I’m pRESSED about those Chinese women having the audacity to bury their child’s diaper in the sands of Boracay. DISGUSTING. The island has trash bins scattered along the front beach and they really chose to place it in the sand 😩😩 pic.twitter.com/PAfTQuf4yR
— ianni (@yannimiraflores) August 13, 2019
Difahamkan, pihak berkuasa terpaksa menutup sebahagian pantai Boracay yang terjejas dalam tempoh 72 jam bagi proses pembersihan kawasan tersebut.
Dalam pada itu, pihak berkuasa juga kini sedang mengesan pelancon tersebut dan akan mendakwa mereka mengikut undang-undang sedia ada atas tuduhan membuang sampah di tempat awam.
Pada April tahun lalu, pantai Boracay ditutup selama enam bulan untuk proses pembersihan dan membaik pulih kerosakan akibat kebanjiran pelancong yang tidak terkawal.
ARTIKEL BERKAITAN:
Lelaki Kena Bogel Kalau Nak Masuk Pulau Ini
Lautan Bahamas Kering Kontang Selepas Dilanda Taufan
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Tempat Makan Di Taman Tamadun Islam Terbongkar!
- SUMBER
- World Of Buzz