Rahsia Lantai Masjidil Haram Sejuk Walau Cuaca Panas
Bagi mereka yang pernah menunaikan ibadah Umrah atau Haji, pasti dapat merasakan tapak kaki kesejukan sebaik saja melangkah masuk ke Masjidil Haram atau kawasan sekitar Kaabah.
Pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana lantai di Masjidil Haram atau kawasan sekitar Kaabah terasa sejuk memandangkan cuaca di Arab Saudi panas terik.
BACA: Rakyat Malaysia Dilarang Kahwin Di Mekah
Pejabat Presiden Ehwal Dua Masjid Suci mendedahkan sebab utamanya ialah jenis marmar yang digunakan sebagai permukaan lantai itu sendiri.
Arab Saudi mengimport lantai marmar jenis jubin Thassos yang jarang didapati di mana-mana tempat dan hanya boleh diperoleh dari Greece.
Marmar jenis Thassos dapat memantulkan kembali cahaya matahari terik sekaligus mengelak haba meresap semula ke dalam lantai marmar di sebelah siang jika suhu panas.
Ada pihak mendakwa lantai tersebut sejuk kerana berpunca daripada paip air sejuk yang dipasang di sebalik lantai marmar, namun dakwaan itu ditolak oleh pihak berkuasa.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Selambak Shellout Dengan Harga Selamat Poket ☺️
- SUMBER
- Al Arabiya