Kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu membuktikan bahawa suara rakyat adalah suara keramat. Pemimpin pula perlu tahu tanggungjawab kepada rakyat sangat penting. Disebabkan rakyat pemimpin naik dan rakyat juga boleh buatkan pemimpin jatuh.

Memetik laporan MalaysiaKini, Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berpendapat realitinya rakyat sebenarnya adalah tuan, manakala pemimpin sebenarnya adalah sebagai pelayan.

BACA: “Kalah PRU14 Mesej Jelas BN Perlu Bermuhasabah”

“Sentiasalah berlaku adil dan jujur kepada rakyat, berkhidmat untuk memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat,” titah baginda pada Istiadat Pergurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang  dan Exco semalam.

Memandangkan PRU14 telah berlalu, Tengku Abdullah berharap kerajaan negeri dan semua pihak yang berkenaan dapat menumpukan kembali kepada soal membangunkan negara dan membela nasib rakyat

​​​​​​“Rakyat telahpun bersuara, pepatah orang lama dahulu berpesan, biduk lalu kiambang bertaut, ini bukan masa kita mengimbau zaman silam sebaliknya saya berkehendakkan semua wakil rakyat di negeri ini tanpa mengira fahaman politik bekerjasama sebagai kumpulan untuk membela nasib rakyat di negeri ini.

Tambah baginda lagi, diharap rakyat dapat bersatu padu dan hentikan pertikaian serta perbezaan ideologi politik tidak dijadikan sebagai batu penghalang kepada kemakmuran negara.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kaum Bapa Cuti 10 Hari Jika BN Menang PRU
Mak Nyah Masih Layak Mengundi Untuk PRU14

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Betul Ke Boleh Buncit Kalau Makan Sambil Minum? (Kevin Zahri Jawab)