Rakyat Malaysia Dilarang Kahwin Di Mekah
Jika anda berniat untuk bernikah di Mekah, adalah baiknya perkara tersebut dilupakan saja kerana perbuatan tersebut adalah dilarang malah ia sebenarnya turut melanggar undang-undang negara Arab Saudi.
Secara jelasnya, perkahwinan hanya dibenarkan kepada individu bukan rakyat Arab Saudi yang menetap di sana yang memiliki kad Iqama.
BACA: Kota Mekah Diancam Peluru Berpandu
Menurut Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, perkahwinan di Arab Saudi akan menimbulkan masalah buat pasangan tersebut ketika mereka mahu mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia kerana perkahwinan mereka tidak mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Arab Saudi.
Tambahnya, perkahwinan di Arab Saudi kini menjadi trend dalam kalangan rakyat Malaysia. Sementara itu, dia turut menyatakan bahawa melakukan umrah secara do-it-yourself (DIY) juga semakin meningkat.
“Selepas ini pihak kementerian akan mengambil tanggungjawab untuk membendung trend ini dengan memaklumkan mengenai larangan tersebut kepada jemaah atau rakyat Malaysia yang berniat untuk menikah di sana”
“Umrah DIY adalah menyalahi undang-undang kerajaan Arab Saudi dan perkara ini sedang diteliti di peringkat kementerian kerana umrah cara sebegini mendatangkan risiko yang tinggi kepada jemaah sekalipun kosnya adalah rendah,” katanya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
VIDEO: Awat Nama Dia Siakap & Daging Lempaq? 😡
- SUMBER
- mstar online