Rakyat Malaysia Disaran Kuasai Bahasa Mandarin Untuk Masa Hadapan
Seperti kita tahu dengan mempelajari bahasa baru ianya langkah yang baik untuk kita dan ianya sekaligus dapat memberikan kelebihan di masa hadapan terutama dalam sektor pekerjaan.
Semalam, Menteri Pelajaran dan Inovasi negeri, Datuk Dr Yusof Yacob, menyarankan rakyat Sabah perlu mempelajari bahasa Mandarin selain bahasa Inggeris kerana kedudukannya yang penting sebagai bahasa perhubungan.
BACA: Kerajaan Nepal Cadang Ajar Subjek Bahasa Melayu Di Sekolah
Datuk Dr Yusof Yacob, menjelaskan penguasaan bahasa Mandarin memberi banyak manfaat termasuk dalam bidang akademik, perniagaan dan politik.
“Rakyat Malaysia yang menguasai bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin, mudah untuknya pergi ke mana-mana sahaja negara di dunia ini,” katanya.
Dalam pada itu, baru-baru ini berlangsungnya Majlis Pelancaran Institut Confucius (CI) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Untuk pengetahuan anda CI adalah institut bahasa Mandarin antarabangsa yang dikembangkan di luar China sejak 2004 dengan UMS universiti keempat di negara ini memiliki institut itu sebagai pusat pembelajaran bahasa Mandarin dan budaya China.
Institut itu turut dilengkapi kemudahan tenaga pengajar bahasa Mandarin dari China dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari dan menguasai bahasa berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN:
Indonesia Tegur Bendera Mereka Silap Cetak
Kedai Makcik Seringgit Jadi ‘Port’ Makan Pelajar
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- BH Online