Pernahkah anda terfikir mengapa ada pekerja yang membersihkan meja dan mengutip sisa makanan yang ditinggalkan atas meja bila pergi ke restoran makanan segera dan tempat makan awam seperti food court?

Ini berlaku kerana rakyat Malaysia amat sukar untuk membuang sisa makanan, mengangkat pinggan dan mengemas meja sendiri. Mungkin bukan semua tetapi kebanyakannya masih tidak mempunyai kesedaran diri malah masih beranggapan ada pekerja yang akan mengemas meja setelah mereka habis makan.

BACA: Chef Wan ’Tegur’ Tetamu Datang Beraya

Sumber dari twitter.com/ezrinmn

Kita seharusnya lebih berdisipilin, rajin dan pembersih kerana rakyat kita dikenali sebagai seorang yang sopan santun dan beradab.

“Kan ada tukang cuci, ada tukang kemas, buat apa mereka dibayar gaji, kalau aku yang nak kemas sendiri.” Inilah realiti yang berlaku di negara kita.

Membiarkan sisa makanan, tisu kotor, sampah secara tak langsung telah menjadi ‘budaya’ rakyat Malaysia ketika makan dan minum di restoran atau kafe layan diri.

Sumber dari sinarharian.com.my

Selain itu, di kawasan rehat seperti Rehat & Rawat (R&R) juga dicemari dengan sampah sarap seperti bekas makanan, sisa makanan, plastik pembungkusan makanan dan lain-lain lagi.

Tambahan pula, segelintir masyarakat negara ini suka melakukan perkara yang dilarang contohnya merokok di tempat larangan merokok. Setelah habis hisap rokok, puntung rokok juga dibuang sesuka hati di sekitar kawasan awam.

Sumber dari sinarharian.com.my

Sudah tiba masanya untuk kita ubah sikap dan mentaliti sebegini agar dapat menyenangkan ramai pihak. Rakyat negara ini seharusnya mecontohi negara barat khususnya negara-negara maju kerana rakyat negara maju lebih berdisiplin dan kemas.

Contohnya, restoran IKEA di luar negara tidak menggaji pekerja untuk mengangkat dulang, pinggan serta sisa makanan kerana ia merupakan restoran layan diri. Namun, mereka terpaksa akur dengan ‘perangai’ rakyat Malaysia yang tidak gemar membersihkan sisa makanan sendiri selepas makan dengan menggaji pekerja untuk membersihkan meja makan.

Tidak salah jika hari ini kita mula mengangkat dan membersihkan meja selepas makan di restoran makanan segera. Mungkin ramai yang mengikuti tindakan kita selepas menyedari mereka tidak membuang sisa makanan sendiri di tempat yang sepatutnya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Macam Tak Percaya Ada Mall Murah Macam Ni!