Ramadhan Sinclair Akhirnya Mohon Maaf
Setelah memuatnaik gambar di balai polis dan menyatakan siapa berani mencabarnya akan berjumpa di mahkamah, akhirnya pemilik nama Ramadhan Sinclair atau nama sebenarnya, Ramadhan Sukrikhan memohon maaf dengan membuat kenyataan di laman sosialnya.
BACA: Akui Bersalah Tumbuk Dinding, Nafi Tinggalkan Tahi
Perkara tersebut dikongsikannya di laman Facebook dan juga Instagram. Malah akaun Instagram yang di-private-kan sebelum ini turut dibuka semula. Namun kebanjiran komen dan juga cacian maki hamun yang menghentam si empunya badan masih lagi belum surut.
Jika anda tertinggal dan baru mengetahui tentang isu ini, kami kupaskan serba sedikit untuk anda.
Viral Di Tanah Jepun
Berdiri dengan bakat fotografi, ada juga warga laman sosial yang terkilan dengan perkara tersebut kerana sikap Ramadhan ketika berhadapan situasi sedemikian tidak seindah gambar yang diambil olehnya. Isu najis yang jijik juga turut dibangkitkan lebih lebih-lagi di negara bersih Jepun membuatkan lebih ramai yang marah.
Bukan Ramadhan Yang Berak Dalam Bilik Mandi?
Melalui hashtag yang disertakan di dalam kenyataannya, Ramadhan menafikan dakwaan tersebut namun turut memohon di atas perkara yang terjadi. Namun terserah untuk percaya atau tidak kata Ramadhan.
Berazam Jadi Lebih Baik
Benda sudah terjadi dan apa yang mampu dilakukan hanyalah melangkah ke depan. Walaupun ramai yang masih marah dengan tindakan kurang sabar Ramadhan terhadap lelaki berbaju biru, namun ada juga yang berharap agar perkara yang terjadi kepada Ramadhan ini menjadi pengajaran terbesar baginya dalam meneruskan kehidupan.
Ambil Pengajaran Dari Kata-Kata Ramadhan
Hormatlah sikit dan bantu Melayu adalah antara kata-kata Ramadhan. Jadikan ini sebagai motto kehidupan anda di masa hadapan. Elakkan juga mengajak orang yang anda geram bergaduh di luar jika tidak puas hati.
Apa pun, apa yang terjadi sebenarnya dalam masa yang sama turut menjadi iktibar untuk orang lain di masa hadapan. Maaf sudah dipinta dan buat Ramadhan, bertabahlah menghadap tohmahan masyarakat sekurang-kurangnya dalam jangka masa enam bulan bagi menunggu isu ini surut diperkatakan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram