Ramai Hidap Kencing Manis, Minuman Soda Mungkin Dikenakan Cukai
Susulan perlaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September depan, ramai tertanya-tanya barangan apakah yang bakal dikenakan cukai tersebut.
Terbaru, kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengenakan cukai soda terhadap minuman ringan. Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, langkah itu adalah untuk mengurangkan penggunaan gula dan sekali gus mencegah kencing manis di negara ini.
BACA: Harga Rumah Lebih Murah Selepas Perlaksanaan SST
Kata Tun M, jumlah penghidap kencing manis di Malaysia sangat tinggi. Kajian mendapati kadar penyakit diabetes yang begitu tinggi di negara ini adalah disebabkan pengambilan gula yang melebihi had dibenarkan.
#AWANInews #AWANI745 Cukai ke atas soda perlu atas faktor kesihatan – Tun M https://t.co/VWM0o1XXVC pic.twitter.com/MvMnNLwz4J
— Astro AWANI (@501Awani) August 27, 2018
“Kerajaan mendapati terdapat mereka yang mengambil minuman botol lebih dari enam kali sehari. Anda boleh minum air, tetapi jika anda mengambil minuman botol, kandungan gulanya begitu tinggi, sebab itu kami ingin mengurangkan penggunaan gula.
“Sebab apabila kami pergi hospital, orang datang untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit, tetapi bila diperiksa kesemua mereka ada diabetes,” katanya.
Memetik laporan Astro Awani, statistik menunjukkan sebanyak 3.6 juta penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap penyakit kencing manis dan jumlah itu semakin meningkat.
ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer? 😱 😱 😱
- SUMBER
- Astro Awani