Ramai Tak Tahu Bahaya Terus Tidur Selepas Makan Sahur
Salah satu perkara untuk membuatkan puasa seseorang itu lebih barakah adalah dengan bangun sahur. Bangun sahur pun dapat pahala.
Tapi, ramai di kalangan kita yang selepas sahur je mesti akan terus tidur. Sebenarnya tabiat anda itu sangat bahaya untuk kesihatan.
BACA: Hanya Minum Ini Ketika Sahur, Boleh Tahan Lapar 19 Jam
1. Pedih ulu hati
Jika kita terus tidur sejurus selepas makan, proses pencernaan menjadi tidak lancar. Kesannya kita akan merasakan kesakitan pada hati dan rasa panas pada tekak.
2. Berlaku refluks
Apabila tidur selepas sahur, saat bangun dari tidur, akan timbul rasa pahit pada mulut dan kerongkong akan panas. Kemungkinan tubuh anda mengalami refluks. Refluks adalah penyakit yang timbul akibat kelemahan injap antara hati dan kerongkongan yang mengakibatkan rasa seperti dada terbakar.
3. Lebih mudah terdedah strok
Jika anda tidur selepas sahur, kemungkinan besar boleh diserang strok. Hal tersebut telah dibuktikan oleh para saintis perubatan.
4. Sakit kepala
Tidur selepas sahur juga akan mengakibatkan leher menjadi sakit. Apabila bangun, kita tidak akan mendapatkan kesegaran melainkan hanya sakit yang akan kita terima, terutama bahagian belakang kepala.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram