Ramai Tak Tahu, Ini Sebenarnya Kaedah Betul Masak Mi Segera
Siapa yang tidak gemarkan mi segera, boleh dikatakan makanan ini menjadi kegemaran ramai tidak mengira usia. Walaupun ramai sudah mengetahui kandungan mi segera tidak baik untuk kesihatan, namun ramai yang masih menikmatinya.
Tapi tahukah anda bahawa cara anda memasak mi segera selama ini adalah salah? Sebenarnya ada kaedah betul untuk masak mi segera supaya anda masih boleh menikmati manfaat mi segera terutama sekali buat mereka yang ‘hantu mi segera’.
BACA: Memang Tak Akan Jadi Bodoh, Tapi Ini Bahaya Makan Mi Segera
Kurangkan separuh dari pengunaan serbuk perasa
Institut Jantung Negara (IJN) telah mengesyorkan agar rakyat Malaysia tidak terlalu memakan mi segera kerana ianya adalah penyebab penyakit jantung terutamanya oleh serbuk perasanya (seasoning powder) Jika anda tidak boleh berbuat demikian, kurangkan separuh dari pengunaan serbuk perasa tersebut dan jangan hirup kuah sup selepas anda mengabiskan mi.
Ini adalah kaedah memasak mi segera yang SALAH:
Biasanya, cara kita memasak mi segera ialah dengan meletakkan mi ke dalam periuk dengan air, kemudian mengisi serbuk seasoning dan biarkan bahan bahan tersebut dididih bersama selama 3 minit . Kemudian ia sudah sedia untuk dimakan.
Dengan melakukan cara begitu, kita sebenarnya merebus bahan-bahan yang ada dalam serbuk perasa, terutamanya MSG, yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik.
Perkara lain yang anda mungkin sedar atau mungkin tidak sedar adalah, mi itu disalut dengan lilin makanan dan mi tersebut akan mengambil masa 4 hingga 5 hari untuk dinyah keluar oleh badan kita selepas anda makan mi tersebut.
Ini kaedah yang BETUL untuk memasak mi:
1. Rebus mi didalam periuk air.
2. Setelah mi dimasak, toskan mi, dan buang air tersebut yang telah mengandungi lilin.
3. Rebus air dalam periuk yg lain hingga mendidih, kemudian masukkan mi tadi ke dalam air mendidih panas itu dan matikan api.
4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan, dan ketika air masih sangat panas, masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut, untuk membuat sup mi.
5. Sekiranya, jika anda inginkan mi kering, keluarkan mi dan masukkan serbuk perisa dan toskannya untuk mendapatkan mi kering.
Ramai masih tidak sedar bahaya MSG & mi segera
Sejumlah besar pesakit yang berumur antara 18-24 tahun berakhir dengan pankreatitis sama ada sebagai bengkak atau jangkitan pankreas akibat dari penggunaan mi segera secara kerap.
Jenis racun / bahan kimia yang mampu membunuh kita perlahan-lahan yang ada dalam setiap makanan yang kita makan setiap hari.
1- Perasa
2- Pewarna
3- Penaik
4- Penstabil
5- Pemanis
6- Pengawet
Bukan tak boleh langsung makan mi segera, tapi kurangkan pengambilannya untuk pastikan tiada masalah kesihatan di masa akan datang. Bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram