Seorang wanita berusia 30 tahun dari Hunan, China menjadi perhatian ramai apabila dia merasakan dirinya terlalu cantik untuk bekerja.

Wanita itu sanggup menjadi pengemis di tepi jalan dari mencari pekerjaan kerana dia percaya wajahnya yang cantik tidak patut melakukan kerja berat.

BACA: ’Terbuang’ Duit Lepas Penat Kemas Rumah

Dia memberitahu, sebelum ini dia pernah bekerja sebagai pelayan restoran dan juruwang sebelum dipecat. Wanita itu duduk di tepi jalan sambil memegang papan nota di hadapannya.

“Saya dari Hunan. Saya memiliki kecantikan semulajadi, tiada kecacata dan sihat tubuh badan. Saya memilih untuk mengemis daripada bekerja. Terima kasih kepada anda yang baik hati.”

Wanita itu percaya, dengan cara demikian orang ramai akan membantunya dan memberikan wang padanya.

Sebelum ini, dia pernah terfikir untuk ‘menjual badan’ namun dia membatalkan hasratnya itu.

Rara-rata netizen mengecam tindakan wanita itu yang hanya menggunakan cara mudah untuk mendapatkan wang sedangkan dia boleh bekerja dan sihat tubuh badan.

Macam-macam cara sekarang ni manusia sanggup lakukan untuk dapatkan duit.

ARTIKEL BERKAITAN:
Buang Semua Makanan Gara-Gara Tikus
Nak Buang Air Tapi Nampak Kepala Bayi

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Betul Ke Boleh Buncit Kalau Makan Sambil Minum? (Kevin Zahri Jawab)