Kita baru saja memasuki tahun baru dan para ibu bapa pasti sibuk menguruskan hal persekolahan anak-anak mereka hari ini terutama bagi pelajar sekolah rendah.

Pelbagai cabaran sanggup dilalui demi mendapatkan ilmu di sekolah hingga sanggup meredah jambatan gantung yang sudah rosak untuk menyeberangi sungai.

BACA: Kisah Baju Sekolah & UPSR Yang Menyentuh Hati

Seorang wanita berasal dari Bukit Betong, Kuala Lipis, Pahang, dikenali sebagai Siti Zaharah berkongsi video suaminya menghantar anak lelaki mereka ke sekolah bagi hari pertama persekolahan bermula pada hari ini dengan melalui jambatan gantung yang sudah rosak.

Kelihatan anak-beranak itu sanggup menggadai nyawa menggunakan laluan tersebut kerana difahamkan jambatan gantung Pamah Aur Bukit Betong itu sudah setahun rosak.

Berikutan itu, ramai melahirkan rasa simpati terhadap nasib keluarga Zaharah yang mencabar dan tak kurang juga ada yang mendoakan semoga mereka dilindungi dan anak mereka berjaya dunia akhirat.

Dalam khabar terbaru, Zaharah memberitahu orang ramai bahawa pihak berkuasa di kawasan itu telah berjumpa dengannya iaitu YB Haji Wan Rusdi dan menjelaskan status jambatan rosak itu akan dibina pada 8 Januari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:
Makan Ubi Rebus Di Sekolah?
“Saya Nak Tarik Cikgu Masuk Syurga Sekali”

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berpeluh Kepedasan Layan Nasi Kukus Malaya