Siapa yang suka makan junk food tu bolehlah kurangkan pengambilannya, bimbang ia beri kesan buruk pada tubuh badan. Seperti yang terjadi pada seorang remaja lelaki 17 tahun ini disahkan buta kerana pemakanan tidak seimbang.

Memetik laporan Daily Mail, remaja dari Bristol itu hanya makan kerepek kentang dan kentang goreng setiap hari. Malah dia tidak pernah makan buah atau sayur dalam tempoh 10 tahun.

BACA: Telefon Polis Sebab Burger & Kentang Sejuk

Selain kerepek dan kentang goreng, makanan lain yang dimakan oleh remaja itu adalah sosej goreng dan sandwich ham sebagai makanan hariannya.

Disebabkan pemakannnya itu, dia mengalami kekurangan beberapa vitamin utama termasuk B12, zat besi dan Vitamin D.

Meskipun remaja itu memilik ketinggian dan berat badan normal, namun akibat kekurangan nutrisi, saraf di belakang matanya rosak dan menyebabkan dia buta.

Dalam pada itu, remaja itu berkata doktor sepatutnya boleh membantunya lebih awal lagi dengan menasihatkannya untuk menjaga pemakanan dengan betul, tetapi doktor hanya bertanyakan tentang keadaannya apabila keadaan menjadi teruk.

Malah ibunya juga terpaksa berhenti kerja untuk menjaganya. Ibunya juga sangat terkejut dengan penglihatan anaknya yang mengalami kemerosotan terlalu cepat sehingga menyebabkan buta.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Sebab Kenapa Aiskrim Choco Top McD Jadi Mimpi Ngeri Buat Staf
McD Malaysia Lapor Polis Berhubung Dakwaan Boikot

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pyan Makan Makanan Tak Halal Masa Travel?