Rembat Bendera, ‘Catwalk’ Satu Taman Demi Tun M
Jika dahulu digelar parti pembangkang, Pakatan Harapan melakar sejarah selepas menang besar dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang berlangsung minggu lalu dan mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Teruja dengan kemenangan luar biasa Pakatan Harapan, pemuda ini menghasilkan turban dan gaun kembang menggunakan bendera Parti Keadilan Rakyat dan memperagakan dengan caranya yang tersendiri.
BACA: Tun M Umum Cuti 10, 11 Mei Jika HARAPAN Menang
Gambar gaun kembang yang dihasilkan oleh graduan Diploma Seni Reka Fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhamad Zulwafi Ahmad Rosli tular di media sosial dan menjadi bualan ramai.
Menurut Zulfawi, dia sanggup bangun awal subuh semata-mata untuk mendapatkan bendera Pakatan Harapan.
“Seperti yang dijanjikan manifesto saya kepada parti yang memerintah iaitu Pakatan Harapan yang dinaungi Tun Dr Mahathir Mohamad yang tercinta (Perdana Menteri ketujuh).
“Demi Tun M sesubuh hari kami bangun merembat bendera Pakatan Harapan takut orang nampak. Saya confident (yakin) catwalk satu taman,” katanya menerusi satu posting di Facebook.
Bukan saja menggayakan gaun Pakatan Harapan, pada hari mengundi 9 Mei lalu, dia turut memperagakan satu lagi busana ciptaannya sendiri yang diinspirasikan bendera Barisan Nasional, PKR dan PAS.
Zulwafi berkata, busana dan turban dihasilkan selama hampir dua jam dengan bantuan dua pereka fesyen, Farrahiya Abd Rahim dan Mohd Farhairuddin Anuar, menggunakan hampir 20 bendera PKR.
Menurut Zulwafi dia sedar bendera-bendera tersebut dicuri untuk dijadikan sebagai gaun. Berikutan itu, Zulwafi dan rakannya memohon maaf di atas tindakan tersebut.
“Kami mohon maaf sebab ambil bendera-bendera ni. Tapi kami tak bakar atau buang bendera tu, sebaliknya kami gunakan bakat yang ada dan curahkannya untuk menghasilkan busana tanda kebanggaan di atas kemenangan Pakatan Harapan yang diterajui oleh Dr Mahathir,” ujarnya lagi.
Betul juga tu. Banyak dah nampak bendera-bendera parti dalam longkang, jatuh tengah jalan digilis kereta. Dari bendera tersebut dibuang atau dibakar, lebih baik jadikan sesuatu yang lebih bermanfaat.
ARTIKEL BERKAITAN:
Kaum Bapa Cuti 10 Hari Jika BN Menang PRU
Demam PRU, Tudung Logo Parti Dapat Sambutan
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)
- SUMBER
- mStar